NAJIB, AYUH BR1M 2.0!

PM NAJIB RAZAK

Awal tahun ini, kerajaan PM Najib dah beri RM500 kepada rakyat yang berpendapatan sederhana, melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Ramai yang berterima kasih kepada PM Najib. Janji telahpun dikotakan.

Ada yang kata BR1M adalah gula-gula politik sebelum pilihanraya. Ada yang kata, rasuah politik rakyat. Ada yang kata juga, baru sekarang kerajaan nak ingat rakyat.

Jangan pedulilah suara-suara sumbang itu. Mungkin suara-suara sumbang tak dapat BR1M kot. Kalau dapat, terus sumbang menjadi lunak dan merdu.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Saya sokong sangat dengan bantuan ini, bukan kerana saya tidak layak untuk mohon, tetapi biarlah bantuan ini dipohon oleh orang yang selayaknya dapat. Sedikit sebanyak dapat bantu rakyat yang susah, walaupun jumlah RM500 tidak banyak mana.

Yang penting, syukur dulu.

Sebagai pandangan saya kepada kerajaan PM Najib, jika diberi BR1M ini setahun sekali, maka nilai RM 500 itu sama dengan RM41.60 sebulan, maka sama juga dengan RM1.30 sehari.

Satu hari nak sarapan roti canai bersama segelas teh tarik pun tak lepas. Duit minyak motor RM41.60 sebulan pun tak lepas.

Maka, harus dikaji semula bentuk bantuan ini. Adalah lebih baik, sekiranya dalam setahun, 3 BR1M wajib diberi. Barulah rakyat akan kata, BERBALOI-BALOI…kepada kerajaan selagi mana kerajaan tidak menyusahkan rakyat.

Saya sokong PM Najib umumkan BR1M 2.0!

 

DEMI MASA: Sebelum PRU-13 ke atau selepas PRU-13? hehehehhe

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Politik. Bookmark the permalink.

One Response to NAJIB, AYUH BR1M 2.0!

  1. yana says:

    bantuan kepada yg layak…
    tp biasanya..rumah dh siap pahat masih berbunyi..
    itu lumrah manusia..diberi salah..tak diberi lg salah..
    fikir-fikirkan adakah kita termasuk dlm kumpulan yg sama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s