PRU-13: GO DOWN OR STEP DOWN… part 3

Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

 

Seperti biasa, pemimpin ini  tak lekang dengan kontroversi. Walaupun isu ini telah pun ditangani secara baik dan senyap oleh Rais, namun difahamkan akan ada orang-orang yang akan memainkan isu ini kembali sempena PRU-13.

Jawatan Kabinet: Menteri Komunikasi, Multimedia dan Warisan

Jawatan Parti: Ketua UMNO Bahagian Jelebu

Memegang portfolio sebagai Komunikasi, Multimedia dan Warisan, saya tidak nampak sedikit pun kemajuan Rais sepanjang menerima gaji dari rakyat. Jika disebut mengenai komunikasi, kerajaan ternyata lambat dalam menguasai media baru sosial, berbanding Pakatan Rakyat yang manfaatkan sepenuhnya penyebaran komunikasi melalui media baru sosial.

Begitu juga dengan kempen-kempen kerajaan di kaca tv, boleh saya ibaratkan sebagai kempen yang GAGAL dan ini sekaligus memalukan pentadbiran PM Najib. Mengapa?

Seiring dengan perkembangan teknologi dan pendedahan inovasi baru dalam budaya masyarakat hari ini, jika kempen-kempen kerajaan di kaca tv itu mantap dan berkesan serta sesuai diadaptasi oleh masyarakat, maka tidak ada sebab untuk kesetiaan rakyat goyah dengan pentadbiran PM Najib hingga hari ini.

Maka, portfolio Komunikasi lah yang terpenting sekali dalam sesuatu Kabinet Kerajaan di dunia.

Jika disebut mengenai Kesenian Warisan, tak habis-habis kontroversi hak milik seni tari Malaysia – Indonesia. Apa laa…

Bila Rais beri kenyataan di media massa, ceehhh macam la Rais je yang nampak bijak dengan kepetahan bercakap bagai seorang peguam bahasa. Dari segi intelek, low.

TV1 dan TV 2 masih lagi ke-RTM-nan. Selagi generasi tua memimpin media kerajaan, selagi itu lah ke-RTM-nan tidak akan lekang. Ibarat pi mai pi mai tang tu.

Oleh itu, adalah saya cadangkan agar Rais Yatim tidak dicalonkan dan tidak diberi jawatan Senator untuk lantikan menteri penuh untuk PRU-13 ini.

 

DEMI MASA: Undur sebelum anda diundurkan, demi meyakinkan kembali Kerajaan PM Najib di mata rakyat.

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Road to PRU-13. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s