Mencari Takwa Ramadan

TAQWA

 

Alhamdulillah, puasa saya berjalan lancar di bulan Ramadan. Puasa kali ini dalam keadaan cuaca yang mendung di pagi hari, dan tidak terik di tengahari. Adakah dunia sudah berubah?

Seperti biasa, surau di depan rumah saya sudah mula lakukan aktiviti dakwah. Hari pertama puasa di kuliah Subuh, ada ustaz memberikan penerangan dalam sesi kuliahnya yang bertajuk TAQWA.

Agak menarik kupasan yang disampaikan ustaz terbabit.

Secara rumusan, ada 4 syarat untuk raih TAQWA dalam Ramadan, iaitu:

1. IMAN

Menyentuh bab Keimanan, kita wajib jaga solat fardu 5 waktu. Bagaimana?

– Jangan lewatkan sembahyang

– Jaga batasan pancaindera

– Sentiasa berzikir dan baca al-Quran

 

2. SIHAT

Menyentuh bab Kesihatan, kita wajib memantau soal-soal pemakanan dan kesihatan diri. Adalah beruntung bagi yang sihat, dapat lakukan ibadah puasa tanpa ada sebarang masalah.

– Setiap kali berbuka puasa, harus makan 3 biji kurma dan segelas air. Kemudian, segerakan solat Maghrib.

– Jangan melantak makanan yang boleh memudaratkan kesihatan.

 

3. ILMU

Menyentuh bab Keilmuan, umat Islam perlu ada ilmu untuk puasa. Bagaimana?

– Jaga tatacara dan adab ketika di bulan puasa, contoh tidak beli juadah berlebihan ketika berbuka.

– Tunai solat fardu secara berjemaah agar dapat 27 ganjaran pahala daripada solat sendirian.

 

4. AKHLAK

Menyentuh bab Keilmuan, kita perlu jaga setiap perlakuan dan pertuturan harian.

– Kurangkan maki atau fitnah orang lain.

– Jaga pandangan agar tidak gugat iman diri yang boleh mengurangkan pahala di bulan puasa.

– Banyak bersabar dan beristigfar.

 

Ini point yang dapat saya kongsikan.

Kuliah Subuh ini cukup buat saya tersentak seketika, dan baru faham erti mencari Taqwa di bulan Ramadan.

Selama ini, saya hanya ingat bila tiba bulan Ramadan, hanya puasa dan solat terawih je tau. Rupa-rupanya, ini tidak cukup.

Mengapa? Kerana kita berpuasa bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan agama, malah mencari Taqwa melalui syarat-syarat di atas.

Diharapkan Allah S.W.T dapat memberi hidayah dan rahmat kepada saya dan umat Islam di Malaysia.

Amin.

 

DEMI MASA: Terasa insaf.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Ape-ape Aje!!!. Bookmark the permalink.

One Response to Mencari Takwa Ramadan

  1. yana says:

    terima kasih..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s