ANTARA PINGAT EMAS DAN JIWA EMAS

Datuk Lee Chong Wei mendapat pingat perak dalam Sukan Badminton Olimpik London 2012.

Sekalung tahniah buat Datuk Lee Chong Wei, di atas kalungan pingat perak di Sukan Badminton Olimpik London 2012.

Yang pasti, hampir berjuta-juta rakyat menyaksikan perlawanan akhir antara Chong Wei dan Lin Dan.

Secara analisis, permainan Chong Wei ketika menentang Lin Dan ketika Olimpik Beijing 2008, berbanding Olimpik London 2012, kali ini Chong Wei menampilkan permainan yang jitu.

Teknik menyerang, ketangkasan, attitude, taktikal… gabungan ini kesemuanya pelengkap kepada Chong Wei. Ternyata kelihatan mentalnya cukup berada di paras bersedia menyerang.

Bukan senang untuk bergelut dengan masalah kecederaan yang dihadapi, tatkala menanti dalam proses pemulihan hingga kepada persiapan Olimpik.

Bagi saya, Chong Wei sudah tentu menjadi lagenda kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hasil usaha latihan keras dibawah kendalian bekas jurulatihnya, Misbun Sidek, namun Chong Wei masih mampu berada di pentasnya tersendiri hari ini.

Apa yang penting, saya dan seluruh rakyat Malaysia ternyata puas hati dengan semangat juang “Harimau Malaya” yang ditunjukkan Chong Wei di Olimpik London 2012.

Maka, jika ada yang memilih pingat emas, sudah tentu ia ukuran pencapaian dalam adat pertandingan.

Tetapi, jiwa emas tidak dapat diukur dengan pingat, andai tewas dengan bermaruah.
DEMI MASA: Tahniah Datuk Lee Chong Wei. Kalau boleh, jangan bersara dulu. 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s