ULASAN DISKUSI HENTIKAN POLIMIK HUDUD

Let’s Talk – Diskusi Hentikan Polimik Hudud

 

Sejak tersiarnya Diskusi Hentikan Polimik Hudud pada 24 Ogos 2012, yang kini antara viewers tertinggi dalam program Lets Talk di The Malaysian Observer TV (MobTV), hingga kini, masih ada yang mahu menimbulkan momokan hingga ke peringkat keterlaluan, yang tiada kesudahannya.

Antara barisan panel yang dijemput untuk mengulas diskusi ini terdiri daripada YB Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat dan Ustaz Fathul Bari, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU).

Bagusnya Mobtv ini kerana media ini memberi peluang penjelasan secara terperinci, bukan mengenai hukum hudud, tetapi penerangan untuk hentikan polimik hudud daripada terus menjadi bahan orang-orang politik, kerana hudud adalah undang-undang dalam Islam yang Syumul.

Akan tetapi, ramai yang menyambut usaha baik diskusi ini malah rata-rata yang mengambil sikap berkepentingan untuk memanipulasikan isu polimik ini.

Sebelum ini, saya sering mendengar hudud dipolimikkan, tetapi kini hentikan polimik hudud pun tetap dipolimikkan juga.

Heran seribu kali hairan. Rakyat kini sudah celik IT, malah tahu internet tanpa sempadan. Malangnya, ada antara kita masih tetap bergantung maklumat sepenuhnya kepada akhbar-akhbar, berhubung isu-isu tertentu. Maksudnya di sini, jangan sampai masyarakat Orang Asli di ceruk pendalaman tahu akan kewujudan MobTV yang sentiasa komited memaparkan isu-isu yang neutral dan tidak berat sebelah.

Apa yang dipaparkan dalam isu ini adalah YB Dr Dzul dan Ust Fathul Bari bersetuju bahawa polimik hudud ini dihentikan, kerana hudud menyentuh aspek kepercayaan dan akidah dalam Islam. Malah, mereka boleh capai kata kerjasama dan duduk semeja dalam merencana satu konvensyen mengenai hudud yang dibarisi jemputan dari Mursyid, NGO-NGO, dan sebagainya.

Di samping itu, kedua-duanya bersetuju biarkan umat Islam yang berbicara dan mengangkat isu hudud ini bila sampai masanya.

Nah, jika ada yang mengkritis atau memandang sebelah mata isu ini, sesiapa yang ingin memanipulasikan juga isu ini, diminta untuk menilai semula sinopsis diskusi ini atau luangkan masa menonton diskusi ini di MobTV yang berdurasi 79 minit itu di http://www.mobtv.my/talkshow-1929.html

Ingat nak laksanakan hukum hudud ini seperti mudahnya buka kulit kacang dan makan isinya? Tidak semudah itu, kerana kefahaman undang-undang Islam perlu diterapkan dalam minda umat Islam.

Harus diingat, hudud bukan milik PAS, juga hudud bukan milik UMNO. Apa yang membezakannya adalah dasar ideologi parti. Ekoran perbezaan dasar ideologi inilah yang memberi kelebihan untuk puak-puak tertentu untuk mengangkat isu ini terus dipolimik dan dipolitikkan.

Semua orang tahu, hajat PAS untuk menegakkan dasar ideologi parti di negara ini tidak akan kesampaian jika berseorangan, apatah lagi dalam Pakatan. Dan semua orang tahu UMNO pun tidak mampu untuk merealisasikan isu ini di mata rakyat.

Ini kerana nak laksanakan hudud, perlu mendapat majoriti 2/3 kerusi parlimen.

Bagaimana?

Walaupun UMNO tunjang utama BN, yang menguasai Parlimen, tetapi UMNO tidak ada majoriti 2/3. UMNO sama macam PAS dalam Pakatan Rakyat, bezanya dalam BN, UMNO yang memimpin, tetapi masih bukan majoriti dalam parlimen.

Sedangkan dalam Pakatan Rakyat, DAP yang memimpin. Semua tahu perkara itu. Baik MCA, Gerakan, MIC, PPP dan DAP, tidak akan sokong hukum hudud.

Untuk ubah perlembagaan, memerlukan 2/3 kerusi Parlimen. Kalau PAS bawa usul, UMNO tak boleh sokong sebab termaktub dalam dasar BN tak boleh sokong usul pembangkang.

Sama juga kalau UMNO usulkan, PAS takkan sokong sebab akan dituduh membelakangkan Pakatan Rakyat.

Apa kata ahli-ahli politik?

 

DEMI MASA: Sudah sampai masanya umat Islam yang nakkan hudud, bukannya ahli-ahli politik terus-menerus melagukan hudud hingga merosakkan imej agama Islam.

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Politik. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s