SUKAN DAN POLITIK…

Diskusi Suara Anak Muda ‘Belia Sukan & Politik’

 

Lirik dan lagu, tidak dapat dipisahkan. Begitu juga sukan dan politik, memang tak dapat dipisahkan.

Dulu, kita bersukan sebab nak sihat dan cergas. Kini, sukan adalah indusri penting yang harus diberi perhatian, kerana bila dah jadi industri, mesti ada pelaburan. Dan kalau ada pelaburan, sudah tentu adanya pulangan balik pelaburan (Return Of Investment R.O.I)… ceh, macam saya ahli ekonomi pula!

Back to the story. Tak salah kalau ada politik dalam sukan.

Masalahnya, politik dalam sukan itu menjahanamkan sukan itu sendiri. Lihat lah contoh, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).. tak penah nak maju-maju, sungguhpun mereka menuntut rakyat sentiasa berfikiran positif. Dan sampai bila rakyat harus sabar, jika FAM terus berdolak-dalik dengan mencari alasan dan alasan.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih lagi ditakuk lama. Misi mencari pelapis Datuk Lee Chong Wei, masih buntu. Baru sekarang tergedik-gedik nak cari pelapis, habis tu selama ini BAM dok buat apa? Sedangkan Persatuan Badminton China telahpun komited dan bersedia dalam barisan-barisan pelapis mereka. Apa puncanya?

Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM) pun semakin jatuh. Nama-nama segar seperti Watson Nyambek, Azmi hanya tinggal sejarah saja. Apa jadi selepas itu? Malap dan suram. Apakah ini salah atlet-atlet kita? Jangan salahkan 100% jika pengurusan dan pentadbiran sudah terbukti cemerlang dalam urus tadbir sukan olahraga.

Itu baru 3 jenis sukan…dan bagaimana sukan-sukan yang lain?

Di mana salah dan silap nya?

Wawancara program What Say YOUTH bertajuk Belia Sukan & Politik, begitu membuka minda jika penonton-penonton menontonnya di http://www.mobtv.my/talkshow-2062.html

Antara panel iaitu Haresh Deol, Wartawan Sukan dan Fareed Asharee, kolumnis jemputan untuk laman web sukan, dan dihoskan Khairul Nizam.

 

DEMI MASA: Sudah sampai masanya anak-anak muda bersuara.

 

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Politik. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s