CERITA BAJET 2013

Bajet 2013

 

Belanjawan 2013 telah dibentang oleh PM Najib, dengan temanya ‘Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat: Sebuah Janji Ditepati’.

Maka, segala macam reaksi dan segala macam persepsi baik di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik mahupun rakyat. Tidak kurang juga ada yang merungut.

Saya bukanlah begitu arif mengenai hal-hal ekonomi, tetapi saya prihatin dengan isi kandungan tawaran kepada rakyat.

Pada pandangan saya, Bajet 2013 kali ini tidak ada pembaharuan segar yang diharapkan oleh ramai pihak. Semuanya lebih kepada pembangunan dan sosioekonomi yang mampan.

Tetapi, yang lebih menggembirakan lebih 1.6 juta penjawat awam, adalah Bonus gaji sebulan setengah. Sudah lah dapat bonus raya, dapat lagi Disember dan Januari 2013.

Pemberian BR1M 2.0 juga diteruskan dengan RM500 kepada isi rumah pendapatan di bawah RM3000, manakala RM250 kepada individu bujang berusia 21 hingga 30 tahun serta pendapatan di bawah RM2000.

Itu adalah berita yang penting bagi majoriti yang suka. Macam mana pula dengan yang majoriti yang merungut???

Sektor swasta, adakah gaji minimum mereka naik?? Tidak ada.

Harga kereta, adakah boleh turun?? Tidak ada.

Peruntukkan kebajikan bagi orang Asli, adakah terbela?? Tidak ada.

Pembangunan sahsiah dan kerohanian Islam, adakah ada diterapkan? Tidak ada.

Isu perbezaan ekonomi rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan, adakah ada penyelesaian?? Tidak ada.

Polisi PTPTN bagi para pelajar, adakah cara yang lebih baik bagi mengurangkan kadar bayaran pinjaman?? Tidak ada.

Ini adalah sebahagian daripada faktor-faktor majoriti yang merungut.

Kita boleh dengar komen yang PRO Bajet 2013 mengatakan bahawa ini bajet berdaya saing, bajet rakyat, bajet penggerak ekonomi dan sebagainya. DAN kita boleh dengar komen yang KONTRA Bajet 2013 mengatakan bahawa ini bajet gula-gula, bajet pilihan raya, bajet palsu dan sebagainya.

Apa yang pasti, bajet ini bersifat wasatiyyah iaitu kesederhanaan dalam semua perkara. Cuma kurang uuummmpphhh lah PM Najib!

Bagi sesiapa yang nak dapatkan set laporan penuh bajet, sila layari di http://www.treasury.gov.my/
DEMI MASA: Kesian sektor swasta….

 

 

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Politik. Bookmark the permalink.

2 Responses to CERITA BAJET 2013

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s