AGAKNYA, IA ATAU TIDAK?

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menggegar dunia politik partinya.

Hujahnya bahawa dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat Islam sering dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Malah, Ahli Parlimen Bachok itu mengingatkan Pas agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua.

Maka, timbul andaian menyatakan Pas telah lari dari perjuangan asal. Agaknya, ia atau tidak?

Sejak wujudnya gerakan penubuhan parti Islam ini sehingga kini, yakni tahun sebelum terbentuknya gabungan parti-parti politik pembangkang, Pakatan Rakyat, Pas dilihat bergerak sendirian terkapai-kapai dalam menjadikan Islam sebagai pegangan utama melalui fokus penubuhan negara Islam dan agenda hudud.

Sehingga Pas mendapat restu daripada Majlis Syura untuk bergabung, atas dasar tahiluf siyasi, dengan parti politik yang berlainan ideologi dan fahaman, iaitu PKR dan DAP dengan misi mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seterusnya menawan Putrajaya, dengan satu manifesto bersama – Buku Jingga.

Persoalan, mana perginya manifesto asal Pas dalam hala tuju negara Islam dan perlaksanaan hudud?Tidakkah akan wujud satu “perbalahan bersama” antara DAP dan PKR dengan Pas pada masa depan, kerana ideologi teras perjuangan mereka bukan ke -arah perlaksanaan Islam.

Jadi, di mana kedudukan Pas dalam soal ini, waima masyarakat Islam kini sedang mula berpecah sedikit demi sedikit dengan pelbagai tafsiran fahaman pluralisme, liberalisme dan “ulama”-isme yang semakin merebak dengan pantas.

Mungkin, apa yang dizahirkan oleh Nasharuddin ada asasnya. Dan mungkin ada yang cepat melatah bahawa mengandaikan perkara ini memberi ruang kepada BN untuk terus menghentam PR. Juga mungkin ada yang mudah mengungkapkan bahawa ini pendekatan politik murahan dengan menimbulkan isu khususnya menjelang PRU-13.

Maka, sekalian pimpinan Pas turut bersatu untuk menidakkan kerisauan Nasharuddin. Malah, kalau boleh mahu ‘ditendang’ keluar Nasharuddin daripada Pas. Apa, hebat sangatkah Nasharuddin di mata Pas? Sejauh mana penonjolan Nasharuddin memberi impak dan kesan kemaraan sekalian pimpinan Pas yang begitu ghairah berpolitik dalam PR?

Sungguhpun segala macam jawapan dapat diberikan, namun ini belum cukup untuk mencari jalan penyelesaian mengenai perpecahan umat Islam.

Harus diingat, populasi penduduk Malaysia berjumlah 28.5 juta orang di mana hampir 68% daripadanya adalah kaum Melayu yang beragama Islam, mustahil Pas mampu untuk melaksanakan dasar perjuangannya bersama PR.

 

DEMI MASA: Hanya retorik ulangan dan ketakutan pada masa depan.

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Politik, Rencana. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s