Mat Taib Masuk PAS!

Image

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib dilaporkan telah menyertai PAS.

Laporan Pahang Daily Online menyebut Mat Taib telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Bangi hari ini.

Pengumuman rasmi dilaporkan akan dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang esok.

Mat Taib adalah bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dibawah kabinet bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau pernah menjadi Ketua Penerangan UMNO dan menduduki kerusi Naib Presiden UMNO pada 2004.

Berita mengenai kemasukan Mat Taib ke parti PAS mendapat reaksi pelbagai daripada penyokong PAS.

Ada yang bersetuju atas alasan memberi peluang kepada bekas guru itu.

Namun pada masa sama ramai juga yang mempersoalkan kewajaran beliau menyertai PAS memandangkan beliau dilabel sebagai seorang yang pernah menentang parti itu.

Mereka berpendapat jika benar Mat Taib ikhlas memasuki PAS, kepimpinan parti itu harus memastikan beliau sekadar penyokong biasa dan tidak harus diberi peluang untuk berada dipentas utama bersama pemimpin PAS.

Malah bagi mereka, Mat Taib dilihat sebagai pemimpin veteran yang telah melepasi “tempoh waktu”, justeru ia tidak akan memberi sebarang kelebihan kepada PAS untuk memperkuatkan sokongan di Selangor.

Sumber dari: http://news.abnxcess.com/bm/2013/04/mat-taib-masuk-pas/

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s