KETUA CABANG PKR TAPAH BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS

Image

 

TAPAH, 17 April (Bernama) — Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR)
dilihat semakin parah dan bergolak apabila Ketua Cabang Tapah Ridzuan Bani
mengumumkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tapah sebagai calon Bebas pada
pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata tindakan itu diambil berikutan PKR tidak mengambil kira
kemahuan penduduk setempat dengan memilih calon yang tidak disukai dan tidak
mempunyai peluang untuk menang.

“Penduduk setempat kurang senang dengan calon yang dipilih iaitu pemimpin
Hidraf K. Vasantha Kumar…pemimpin yang dipilih seharusnya mereka yang bersih,
adil dan amanah serta tidak terlibat dengan penyelewengan.

“Saya tidak pernah bertanding tetapi saya sedia untuk bertanding kali ini
setelah mendapat permintaan daripada akar umbi malah saya yakin akan dapat
mengalahkan calon PKR itu,” katanya kepada pemberita di pejabat PKR di Taman
Bukit Hijau di sini hari ini.

Beliau turut menyuarakan kekesalan terhadap pimpinan tertinggi PKR yang
menurutnya tidak mengendahkan kemahuan akar umbi selain tidak bijak meletakkan
calon yang seharusnya berwibawa.

Bagi mengumpul dana sempena penamaan calon dan kempen, beliau akan menjual
kenderaan pacuan empat rodanya dan mengutip derma daripada penduduk tempatan.

Barisan Nasional (BN) meletakkan Datuk M. Saravanan bagi mempertahankan
kerusi Parlimen itu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 mengalahkan
calon PKR, Tan Seng Toh dengan majoriti 3,020 undi.

 

Sumber: Bernama

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s