Muslim Rohingya terus ditindas!

Image

Pakatan usir Muslim Rohingya

Bangkok: Kerajaan Myanmar bersama sami Buddha melakukan penghapusan etnik Rohingya selepas 125,000 penduduk Islam terpaksa lari dari rumah di negeri Rakhine dan kubur mangsa bunuh beramai-ramai ditemui.

Dakwaan itu dibuat pertubuhan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) di sini semalam.

Penduduk Rohingya yang tidak diiktiraf sebagai rakyat Myanmar berhadapan dengan jenayah kemanusiaan termasuk pembunuhan, penindasan, pengusiran dan dipaksa berpindah, lapor HRW yang berpejabat di New York.

Galak rusuhan

Pertubuhan itu menuduh pihak berkuasa Myanmar, pemimpin komuniti dan sami menganjur dan menggalakkan rusuhan dengan sokongan pasukan keselamatan negeri menyerang perkampungan Rohingya di Rakhine, Oktober lalu.

Kerajaan Myanmar melakukan penghapusan etnik terhadap penduduk Rohingya sehingga hari ini dengan menafikan bantuan dan menyekat kebebasan bergerak, kata Timbalan Pengarah HRW di Asia, Phil Robertson.

Penghapusan etnik secara asasnya ditakrif sebagai dasar satu etnik atau kumpulan agama untuk menghapuskan kumpulan lain dari kawasan tertentu secara ganas.
Di Rakhine, lebih 125,000 penduduk Rohingya yang dipaksa meninggalkan kediaman mereka, tidak diberi bantuan kemanusiaan dan tidak dapat pulang ke rumah mereka.

180 mati

Selain itu, 180 orang mati dalam dua keganasan etnik di Rakhine sejak Jun 2012, kata angka rasmi tetapi HRW percaya angka sebenar mungkin lebih tinggi.

Dalam laporan berdasarkan 100 temu bual, HRW mendapat bukti empat kawasan kubur besar di Rakhine dan menuduh pasukan keselamatan memusnahkan bukti pembunuhan. – AGENSI

Sumber dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PakatanusirMuslimRohingya/Article/

 

Kempen hapus etnik Rohingya

ambar dirakam pada Jun tahun lalu dan dikeluarkan Human Rights Watch (HRW) semalam, menunjukkan sekumpulan penduduk Rakhine yang memegang senjata, menyelamatkan diri dari kebakaran besar yang berlaku di sebuah kampung di negeri Rakhine, Myanmar. - AFP

ambar dirakam pada Jun tahun lalu dan dikeluarkan Human Rights Watch (HRW) semalam, menunjukkan sekumpulan penduduk Rakhine yang memegang senjata, menyelamatkan diri dari kebakaran besar yang berlaku di sebuah kampung di negeri Rakhine, Myanmar. – AFP

BANGKOK 22 April – Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch (HRW), menuduh Myanmar melancarkan satu kempen pembersihan etnik terhadap penduduk Rohingya yang beragama Islam berdasarkan bukti penemuan kubur-kubur besar dan pengusiran etnik tersebut.

Badan hak asasi manusia yang beribu pejabat di New York itu berkata, etnik Rohingya yang dinafikan kewarganegaraan di Myanmar menghadapi jenayah kemanusiaan termasuk pembunuhan, didakwa dan diusir.

HRW berkata, pemimpin masyarakat dan sami Buddha menganjur dan menggalakkan orang ramai dengan sokongan pasukan keselamatan melancarkan serangan terancang ke atas perkampungan Islam di Rakhine pada Oktober lalu.

”Kerajaan Myanmar terlibat dalam kempen pembersihan etnik terhadap (etnik) Rohingya dan ia berterusan sehingga hari ini melalui penafian bantuan kemanusiaan dan mengehadkan pergerakan,” kata Timbalan Pengarah Asia HRW, Phil Robertson.

”Di Rakhine, lebih 125,000 etnik Rohingya dan penduduk Islam dihalau, dinafikan akses kepada bantuan kemanusiaan dan tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka,” kata badan hak asasi itu.

Sekurang-kurangnya 180 orang maut dalam dua keganasan melibatkan penganut Buddha dan Islam di Rakhine sejak Jun lalu, berdasarkan angka kematian rasmi, namun HRW mempercayai jumlah tersebut lebih tinggi.

Dalam laporan berdasarkan temubual dengan lebih 100 orang, HRW berkata, pihaknya menemui empat kubur besar di Rakhine dan menuduh pasukan keselamatan memusnahkan bukti jenayah.

”Dalam satu contoh pada Jun lalu, sebuah trak kerajaan membuang 18 mayat tanpa pakaian dan separuh bogel berdekatan kem pelarian Rohingya, dilihat sebagai cubaan untuk menakut-nakutkan etnik Rohingya supaya terus meninggalkan Myanmar,” kata HRW.

HRW menuduh pihak berkuasa memusnahkan masjid dan melakukan penangkapan besar-besaran di Rakhine.

”Pasukan keselamatan tidak mempedulikan atau turut membantu penganut Buddha menyerang anggota masyarakat Islam,” kata badan hak asasi manusia itu. – AFP
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130423/lu_04/Kempen-hapus-etnik-Rohingya

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s