UMNO tetap ada jasa, kata Mat Taib

Image

PRU-13: UMNO tetap ada jasa – Mat Taib

Oleh HELMI MOHD. FOAD

SHAH ALAM 23 April – Bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib yang mengisytiharkan menyertai Pas semalam tidak menunggu lama untuk turun berceramah apabila beliau muncul kali pertama bersama para pemimpin Pas dalam satu majlis di sini malam tadi.

Meskipun selama ini para pemimpin Pas pernah mengutuk pentadbirannya ketika menerajui Selangor, namun malam tadi beliau boleh duduk sepentas dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad.

Malah Muhammad berkata, selepas penampilan pertamanya sebagai ahli seumur Pas malam tadi, beliau akan menjelajah ke seluruh kampung di negeri ini bagi membantu pakatan pembangkang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“UMNO ada jasa, bukan tidak ada jasa tetapi sampai masa macam dah tidak boleh lagi, sudah hilang upaya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130423/px_72/PRU-13-UMNO-tetap-ada-jasa—Mat-Taib

 

Saya masuk bukan untuk calon atau jawatan – Muhamad Taib

KUALA LUMPUR: “Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS,” kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13.

 

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.

 

Pagi ini juga Muhamad menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bagi memaklumkan dia telah meninggalkan Umno mulai dari tarikh surat ini iaitu 22 April 2013.

 

Salinan surat itu dihantar kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

 

Bagi Mohamad Taib, pengalaman dalam Umno mengajar dia untuk berbuat perkara lebih baik untuk negara.

“Memang benar kita berjaya membentuk negara maju. Negeri Selangorpun kita berjaya membentuk menjadi negeri maju.

“Tetapi bagi saya perubahan perlu dibuat, supaya pembangunan kita ada roh,” kata Muhamad ketika berucap di majlis hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, beliau memilih untuk menhyertai PAS.

“Mana parti yang boleh mengisi roh ini selain dari pasti yang memperjuangkan Islam,” katanya.

Menurut Muhamad, selepas beliau tidak mempunyai kerja, beliau banyak menghabiskan masanya untuk pergi ke surau dan masjid.

“Saya pergi ke surau, belajar agama, belajar al Quran. Saya perhatikan, hanya PAS boleh membawa pengaruh untuk membetulkan keadaan ini,” tegas Mohamad.

Sebelum itu, Ustaz Hadi dalam ucapannya berkata, beliau bertemu dengan Muhamad lebih setahun yang lalu.

Namun, kita hanya membuat majlis penyerahan hari ini untuk mengelak persepsi kata Muhamad hendak menjadi calon atau jawatan dalam PAS.

Ustaz Haron Din pula berkata, beliau bertemu pertama kali dengan Muhamad semasa menunaikan umrah bersama di Mekah.

“Ketika itu bas kami rosak…dan dia sebagai menteri besar ketika itu yang pertama turun untuk menolak bas itu.

“Sejak hari itu kami rapat dan saya memberikan kuliah mingguan di rumah MB Selangor,” kata Ustaz Haron.

Sumber: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/18536-saya-masuk-bukan-untuk-calon-atau-jawatan-muhamad-taib

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s