Kertas Undi Palsu…

Kertas-Undi-Palsu

 

 

PUTRAJAYA – Dakwaan yang mengatakan kononnya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima kertas undi hari ini seperti yang disiarkan di dalam laman sosial ‘Facebook’ adalah palsu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, undi awal hanya akan diadakan pada 30 April bukan seperti yang didakwa di media sosial itu.

“Gambar lama pun mereka boleh keluarkan, dakwaan ini sama sekali tidak benar kerana undi awal pun harus dicalitkan dengan dakwat juga, jadi tidak mungkin isu ini boleh dibangkitkan,” kata Wan Ahmad ketika dihubungi ABN News petang ini.

“Saya juga tak rasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membelakangkan SPR untuk perkara ini,” tambahnya.

Hari ini pengguna media sosial menyebarkan gambar yang mendakwa anggota PDRM dan ATM telah diarahkan untuk mengundi walaupun tarikh mengundi awal ditetapkan pada 30 April ini.

Turut dipamerkan di dalam gambar itu, ialah kertas mengundi yang memaparkan calon ahli parlimen Setiawangsa selain turut disertakan nombor siri yang ditampal dengan pelekat berwarna oren.

Hari Ini SPR telah mengumumkan pengedaran kertas undi pos luar negara yang akan bermula  esok secara serentak ke 103 perwakilan bagi pengundi pos luar negara.

 

Sumber: http://news.abnxcess.com/bm/2013/04/spr-dakwa-kertas-undi-di-fb-adalah-palsu/

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s