Letupan di tempat ceramah BN Nibong Tebal

LETUPAN

 

NIBONG TEBAL – Seorang pekerja parti Barisan Nasional (BN) cedera selepas longgokan sampah berhampiran Bilik Gerakan BN Nibong Tebal di Taman Jawi Jaya meletup, pada pukul 10.15 malam tadi.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman memaklumkan, mangsa yang cedera adalah pekerja parti BN.

“Saya berpendapat kes ini adalah sabotaj, namun ia tidak akan melemahkan kita. Ceramah yang dirancang tidak terjejas dan ia berjalan seperti biasa,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap pilihan raya kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisoner Roslee Chik berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.

“Ia termasuk memanggil forensik untuk menyiasat bahan dan punca letupan,” katanya.

 

Sumber: http://news.abnxcess.com/bm/2013/04/pekerja-parti-cedera-letupan-di-tempat-ceramah-bn/

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s