Mat Taib berguru dengan Haron Din selama 20 tahun

Image

 

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengaku yang beliau telah berguru selama 20 tahun dengan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din untuk mendalami agama Islam.

“Saya telah khatam Al-Quran dengan Ustaz Haron Din. Saya pergi haji dan umrah juga bersama Haron Din,” kata beliau ketika ditemui ABN News dalam sesi ceramah umum bersama calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa di Presint 9 pada malam Selasa.

Malah, katanya, tokoh agama yang disegani itulah yang mendidik beliau supaya menjadi lebih celik agama, kata bekas Naib Presiden UMNO yang lebih mesra dengan panggilan Mike Tyson.

“Ya, anda masih boleh panggil saya Mike Tyson,” katanya secara berseloroh.

“Saya mula bersahabat dengan Haron Din sejak 20 tahun yang lalu dan selalu menjemput beliau ke kediaman rasmi saya semasa menjadi Menteri Besar  untuk mengajar saya dan pegawai-pegawai saya tentang agama Islam,” katanya.

Mengakui yang hidupnya kini lebih tenang selepas berhijrah, Mike Tyson berkata:

“Kita perlu pembangunan negara dan pembangunan insan yang selaras dengan Islam. Saya tidak ingin memburuk-burukkan sesiapa (UMNO) kerana saya pernah menjadi orang mereka. Tetapi mereka kurang menekankan nilai-nilai agama, sebab itu saya memilih untuk berjuang bersama-sama PAS kerana PAS memperjuangkan nilai-nilai Islam.”

Namun, tokoh politik veteran berusia 64 tahun itu menafikan sekeras-kerasnya yang beliau menyertai PAS untuk kembali berkuasa dan menjadi pencalonan dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, Haron Din terkejut apabila dimaklumkan keputusannya menyertai PAS.

“Tetapi saya memberitahu beliau yang saya akan menghantar borang keahlian saya kepadanya sehari selepas tarikh tutup penamaan calon untuk mengelakkan fitnah.

“Saya dah tua. Saya tak mahu benda-benda yang bersifat duniawi lagi. Cukuplah saya turun padang berkempen untuk calon-calon PAS yang bagus seperti Husam Musa,” katanya.

Ternyata Mike Tyson masih disukai ramai dan menjadi daya tarikan utama ceramah-ceramah politk PAS di sekitar Selangor. Jika lebih 1,000 orang yang membanjiri padang kecil Kompleks Kejiranan Putrajaya, malam tadi, berebut-berebut untuk bersalam dengannya, keadaan sama juga berlaku di ceramah sulungnya bersama PAS di Dataran Kemerdekaaan Shah Alam pada malam Isnin lalu.

Dalam pada itu, Husam ketika mengulas mengenai penyertaan Muhammad berkata, bekas veteran UMNO itu masih mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan orang ramai malah penduduk di Selangor juga masih sayangkannya.

 

Sumber: http://news.abnxcess.com/bm/2013/04/mat-tyson-berguru-selama-20-tahun-dengan-haron-din/

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s