Bolehkah BN jadi parti pelbagai kaum?

BN perlu jadi parti pelbagai kaum

Oleh Izzatie Rizan ( izzatie@abnxcess.com )

KUALA LUMPUR – UMNO sebagai parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional (BN) digesa mengetuai usaha menjadikan parti itu sebagai parti pelbagai kaum.

Pemangku Pengerusi Gerakan, Datuk Chang Ko Youn berkata, usaha itu perlu kerana pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menunjukkan pengundi bandar dan pengundi muda tidak lagi mengundi berdasarkan kaum.

“Pengundi di bandar telah pun melepasi sempadan kaum dan ia menjadi trend masa kini. Untuk BN terus melangkah ke hadapan, kita tidak boleh lagi bertahan kepada cara lama iaitu sokongan berasaskan kaum,” jelasnya.

Beliau turut berkata, penyertaan terus sebagai ahli BN dilihat sebagai langkah untuk memastikan kelangsungan parti.

Beliau ditemui dalam satu sidang media di ibu pejabat parti Gerakan di Cheras, hari ini.

Menurut beliau, Gerakan dan MCA dua tahun lalu telah memulakan perbincangan untuk bergabung namun perlembagaan MCA yang menekankan keahlian kaum Cina menghalang kepada penggabungan tersebut.

“Penggabungan Parti Progresif Rakyat (PPP) dengan Gerakan lebih mudah kerana Perlembagaan adalah sama. Kita tidak ragu UMNO boleh memulakan langkah menjadikan BN parti pelbagai kaum,” kata Ko Youn.

Sementara itu, beliau turut berkata penggabungan parti itu dengan MCA bukan satu cadangan yang baik berdasarkan latar belakang parti yang berbeza.

Selain itu Jawatan kuasa pusat parti Gerakan bakal mengadakan mesyurat malam ini bagi mengkaji keputusan PRU13 lalu.

Pada PRU13, parti Gerakan hanya memenangi satu Parlimen iaitu Simpang Renggam dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Irapura, Sepapat dan Permanis.

Turut hadir pada sidang media itu Naib Presiden Gerakan, Datuk A. Kohilan Pilay dan Pemangku Setiusaha Agung Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

(Sumber dari: http://news.abnxcess.com/bm/2013/05/bn-perlu-jadi-parti-pelbagai-kaum/)

 

APA PANDANGAN ANDA?

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s