Ahli Syiah cecah Sejuta… SO WHAT?

Artikel yang dipetik dari Sinar Online 22 Julai 2013

Kecoh mengenai dakwaan ahli Syiah cecah sejuta di Malaysia. Malah, kalau lebih dari sejuta pun, apa yang perlu kita buat? Sekadar baca laporan akhbar, dan selepas itu tidur.

Apa yang nak dikecohkan sekarang ini? Besar sangatkah isu Syiah di Malaysia, yang kita perlu takut? Kenapa baru sekarang?

Yang menjadi persoalan:

1. Kenapa baru sekarang nak galut haramkan fahaman Syiah?

2. Selama ini, pimpinan Majlis Fatwa buat apa setelah bertahun-tahun ini?

3. Kenapa kita perlu takut dengan Syiah, jika pendirian akidah Islam di kalangan umat yang dipelajari sejak dibangku sekolah lagi masih kuat?

Persoalan permulaan ini harus dijawab oleh pimpinan dan orang-orang yang ingin menfatwakan Syiah sebagai haram. Jawab!

Pada pandangan saya yang tak sebijak mana, sepatutnya isu ini dibendung oleh pihak berkuasa agama negara sejak dari dulu lagi. Memang betul, mereka mengambil masa untuk buat kajian mengenai fahaman dan gerakan Syiah. Tetapi, takkan lah negara kita sudah hampir mahu mencapai Kemerdekaan ke-56, kita masih nak bergelut dengan isu agama.

Nampak sangat sistem perlaksanaan dakwah Islam di negara kita masih MUNDUR dan masih LEMAH, sedangkan Islam itu SYUMUL dan PELENGKAP SEGALANYA.

Apakah akan ada pihak-pihak yang ingin lepas tangan daripada menjawab persoalan ini?

Sila lihat video klip ini:

 

Jika kita katakan fahaman Syiah ini haram dan sesat, apakah garis panduan untuk menghalalkan kenyataan ini?

Sering diingat, Islam adalah agama pelengkap hidup. Bukan dipenuhi oleh hidup yang penuh dengan birokrasi, sehinggakan mereka yang menagih dahaga ilmu agama tidak dihiraukan oleh golongan agama.

Apa yang pasti, sudah terlambat untuk menfatwakannya.

Pastikan umat Islam terutamanya generasi muda agar mendapat pemahaman jelas mengenai fahaman Syiah.

 

DEMI MASA: Saya bukan Syiah. Jadi, apa nak kecoh?

 

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s