Apabila sebutan Allah disalahguna

Print Screen yang diambil dari facebook.

Print Screen yang diambil dari facebook.

 

Apa pandangan anda apabila melihat posting di atas?

Saya tidak setuju dengan cara tidak tanggungjawab admin blog tersebut kerana berani untuk tidak menghormati bagaimana kita menyebut/menulis mengenai Allah S.W.T dengan sebaiknya.

Apa kesan dan implikasinya?

Posting di atas merupakan sebahagian kecil sahaja yang mengutarakan penulisan yang tidak beretika. Malah, jika diselidik lagi posting sebelumnya, lebih teruk lagi apabila menghina dan mencaci pemimpin-pemimpin yang beragama Islam, khususnya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan.

Apa niat admin tersebut?

Bukankah memperkecilkan Islamnya seseorang itu, akan mendidik ramai lagi umat untuk menolak cahaya Islam pada orang lain?

Begitu juga dengan perkataan ‘Allah’. Jika kita benarkan posting di atas berleluasa selepas ini, maka ramai yang akan guna perkataan ‘Allah’ seperti sama dengan nama-nama lain.

Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap admin tersebut, yang nyata telah mengguris hati saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang beragama Islam.

 

DEMI MASSA: Sewaktu saya mahu menulis perkataan ‘Allah’ pun, saya mengambil pendekatan berhati-hati supaya tidak tersalah maksud. Sesungguhnya, Dia Maha Pencipta!

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s