PTPTN laksana CCRIS bulan ini

ptptn-logo

Datuk Seri Idris Jusoh - Menteri Pendidikan Kedua

Datuk Seri Idris Jusoh – Menteri Pendidikan Kedua

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Terima kasih kepada Idris, kerana ini adalah ‘hadiah’ paling bermakna untuk sesiapa yang pernah meminjam PTPTN untuk pengajian mereka.

Ternyata langkah ini sangat mengejutkan semua pihak, tanpa mengambil kira soal-soal ‘Mengapa Para Peminjam Gagal Melunaskan Pinjaman PTPTN’.

 

Kepada Idris Jusoh, please take note:

1. Kos taraf hidup yang tinggi

2. Skim gaji yang masih ditahap minima (terkecuali kepada yang buat bisnes/MLM/keluarga kaya)

3. Graduan masih lagi menganggur dan tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka.

 

Perlaksanaan ini ternyata sangat melampau. Kalau nak kata Idris Jusoh nak dapatkan political millage di mata semua pihak sempena Perhimpunan Agung Umno kali ini, ternyata salah. Kenyataan ini akan mengundang reaksi ‘resah’ pihak-pihak terlibat dan lebih parah mengundang kepada kekalahan UMNO-BN pada PRU-14 nanti.

 

Saya fikir Idris Jusoh ini bijak orangnya, walau apa pun jasa-jasa yang telah disumbangkan sebelum ini, tidak saya nafikan. Cuma, cara perlaksanaan itu perlulah dibuat kajian dahulu atau mendapatkan kajian dapatan kepada responden yang gagal bayar balik.

 

Laksanakan apa saja selain dari CCRIS ke, CTOS ke, saman ke, ada antara mereka juga tetap tidak akan bayar pinjaman mereka.

 

Jadi, apa selepas itu?

 

Harusnya, perlu ada satu cara dalam menyusun semula pembayaran balik kepada sasaranya para peminjam PTPTN.

Jika ada yang bekerja dengan anggota kerajaan atau GLC, tracking system diperlukan agar pemotongan dapat dilakukan secara automatik.

 

Jika ada yang bekerja sendiri, boleh tracking di SSM dalam trace semula mereka yang liat nak bayar.

Jika ada yang bekerja dengan sektor swasta, perlu fikirkan satu mekanisma yang sesuai untuk mendapat balik kutipan pinjaman.

Di sini lah peranan yang harus dimainkan oleh ‘think tank’ PTPTN. Kempen-kempen perlu dipergiatkan lagi supaya lebih efektif dengan sasaran audien.

Maka, tidak perlulah sampai nak ke CCRIS, kerana PTPTN bukanlah institusi kewangan macam bank!

dan lagi….

Maka, tidak perlulah isu ini menjadi santapan untuk Pakatan Rakyat (PR) untuk menjuarai sebagai kempen PRU-14 nanti.

 

Akhirnya, saya terlupa bahawa Idris Jusoh ini orang yang ‘dikitar semula/recycled’ untuk BN/UMNO.

 

DEMI MASSA: Dah tak ada orang lain yang lebih berkaliber… PUPUS.

 

 

 

 

 

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s