Kes Bunuh Altantuya: Kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan Mahkamah

Altantuya Shaariibuu

Altantuya Shaariibuu

Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan  dua bekas anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri dan Sirul Azhar Omar dari sabitan hukuman mati kerana membunuh Altantuya Shaariibuu 7 tahun yang lalu.

Keputusan berkenaan diputuskan tiga panel hakim yang diketui Datuk Seri Mohamed Aparti Ali, bersam dua lagi hakim Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Keputusan perhakiman itu dibacakn oleh Tengku Maimun, yang memutuskan berlakunya penyalaharahan yang serius oleh hakim Makhamah Tinggi.

Sebaik-baik mendengar keputusan itu, kedua-dua mereka melahirkan rasa syukur dan dilihat lega dengan meraup muka penuh kesyukuran.

Dengan keputusan itu, pihak pendakwa raya mempunyai peluang untuk merayu di Makhamah Persekutuan.

Sementara itu peguam Datuk Hazman Ahmad  yang mewakili Azilah ketika ditemui media memberitahu pihaknya berpuas hati dengan keputusan hakim.

Ini kerana  hakim mengambil kira tiga faktor utama yang tidak di ambil perhatian diperingkat makhamah tinggi.

Antanya tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39,  sebelum ini dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, dekat sini.

Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, 50, yang didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia itu bagaimanapun dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas pendakwaan gagal membukti kes prima facie terhadapnya.

Azilah dan Sirul masing- masing akan dibawa pulang ke penjara Kajang dan Tapah untuk menjalani beberapa proses sebelum dilepaskan dan dibebaskan.

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Kes Bunuh Altantuya: Kedua-dua tertuduh dilepas dan dibebaskan Mahkamah

  1. Kiyai@Jr says:

    Reblogged this on istighfar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s