Apabila Harga Minyak Naik..

Gambar dari RonaSina.

Gambar dari RonaSina.

Pada 2 September 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen mulai hari ini.

Kini, kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, dengan jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24,8 billion.

Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.

Katanya, ini satu RASIONALISASI SUBSIDI yang bertujuan menstrukturkan semula fiskal negara agar pasaran yakin dengan keadaan ekonomi negara, sekali gus membantu mencapai sasaran mengurangkan defisit keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 3 peratus pada 2015.

Bermaknya, negara mampu menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini melalui pengurangan subsidi minyak dalam usaha menyalurkan dana tersebut kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

ADA YANG BERKATA, INI HADIAH KEMERDEKAAN KE-56 UNTUK RAKYAT MALAYSIA!

DAN ADA YANG KATA, TERIMA KASIH BARISAN NASIONAL (BN), INI HADIAH KAMU UNTUK RAKYAT YANG MENGUNDI KAMU!

DAN ADA JUGA YANG KATA, LAIN KALI UNDI LAH BN (Barang_Naik) LAGI!

download

SAYA TAK BODOH SANGAT. PERKATAAN RASIONALISASI SUBSIDI ITU MAKSUDNYA KURANGNYA KEBERGANTUNGAN SUBSIDI MAKA HARGANYA PUN MENINGKAT NAIK.

BERMAKNA, KENAIKAN HARGA!

PERTAMA, RAMAI RAKAN SAYA BERHUJAH, BUAT APA NAK KECOH PASAL HARGA MINYAK SEDANGKAN KITA MAMPU MEMILIKI KENDERAAN?

INGIN SAYA JELASKAN, KENDERAAN MEMANG SATU KEPERLUAN. BAYARAN BULANANNYA PUN, SETIAP BULAN. SEDANGKAN, KEPERLUAN UNTUK MENGISI MINYAK ADALAH BUKAN SETIAP BULAN!

YANG KECOHNYA DI SINI ADALAH, LEBIHAN TUNAI SETIAP BULAN YANG MAMPU MEREKA SIMPAN DARI DULU SEHINGGA SEMALAM, KINI TERPAKSA DIHALAKAN KE PETROL.

KEDUA, SELURUH PUAK-PUAK BN JUGA BERNADA SAMA, LANGKAH INI MENCERMINKAN KOMITMEN PADU KERAJAAN UNTUK MEMBERI KESEJAHTERAAN KEPADA RAKYAT.

SEJAHTERA APANYA JIKA HARGA MINYAK NAIK, BARANG PUN NAIK?

SEJAHTERA APANYA JIKA SELEPAS INI, JENAYAH PUN SEMAKIN MENINGKAT?

SEJAHTERA APANYA JIKA KEHARMONIAN IBU BAPA MENCARI REZEKI UNTUK ANAK-ANAK SEMAKIN TERGUGAT DEK EKONOMI MENINGKAT?

SEJAHTERA APANYA JIKA PENDAPATAN BULANAN PEKERJA SEKTOR AWAM/SWASTA MASIH DI BAWAH GARIS KEMISKINAN?

KETIGA, KERAJAAN NAJIB WAJAR MENGKAJI DASAR DAN STRATEGI PAKATAN RAKYAT (PR) DALAM MENGURANGKAN KOS KEHIDUPAN RAKYAT, BUKANNYA PENDEKATAN MENGAMBIL MENOLONG RAKYAT DARI SEGI BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M).

WHAT NEXT, NAJIB?

KEEMPAT, KOS PENGIKLANAN DAN HEBAHAN MENGENAI ‘RASIONALISASI SUBSIDI’ WAJAR DIHENTIKAN. BUKAN TAK SUKA, TAPI RAKYAT SUDAH MUAK DENGAN PERMAINAN POLITIK SEPERTI INI. JIKA TERUS DIMAINKAN LAGI IKLAN TERSEBUT, MAKA RAKYAT AKAN TENTUKAN NASIB BN PADA PRU-14.

KELIMA, RAKYAT SANGGUP BERSUSAH PAYAH DENGAN KERAJAAN, KALAU KERAJAAN SANGGUP UNTUK MENGEKANG PEMBAZIRAN YANG DILAKUKAN OLEH KRONI-KRONI BN.

AKHIR SEKALI, SURUH TAN SRI TAJUDDIN RAMLI PULANGKAN BALIK DUIT YANG DISONGLAP, DAN JUGA DUIT KERAJAAN KEPADA NATIONAL FEEDLOTS CORPORATION (NFC) WAJAR DIPULANGKAN.

DEMI MASSA: DUIT KERAJAAN ADALAH DUIT RAKYAT. HARUS DIINGAT ITU!

About massa121

Be a Creative Thinker....
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s